suria

Sterling bakal jadi pemain termahal terima kontrak tajaan RM54 juta

Sterling bakal menjadi duta baharu pakaian sukan terkenal dunia.

RAHEEM Sterling dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani kontrak £100 juta (RM54 juta) bersama pengeluar alatan sukan, Puma, apabila kontraknya bersama Nike tamat hujung musim ini.

Penyerang Manchester City itu bakal menjadi pemain termahal tajaan di bawah Puma meskipun mendapat tawaran daripada syarikat lain seperti Adidas, New Balance dan Under Armour.

Dengan kontrak bersama Nike yang tamat pada 30 Jun ini, Puma yang juga merupakan penaja jersi Manchester City dikhabarkan sedia untuk menjadikan Sterling sebagai duta baharu mereka.

Dua rakan sepasukannya, Sergio Aguero dan Oleksandr Zinchenko serta jurulatih Pep Guardiola sebelum ini telah menandatangani kontrak bersama syarikat pengeluar dari Jerman itu.

Pemain berusia 25 tahun itu juga bakal bekerja bersama penyanyi rap Amerika Syarikat, Jay-Z yang merupakan pengarah kreatif bagi jenama sukan tersebut.

Sterling yang menyertai Manchester City dari Liverpool pada 2015 menjadi bualan penyokong berikutan prestasinya yang cemerlang lebih-lebih lagi selepas ketibaan Pep Guardiola pada 2016.

Pemain lincah itu menjadi pemain kesebelasan utama Manchester City serta berjaya merangkul kejuaraan EPL sebanyak dua kali.

Di peringkat antarabangsa pula, sehingga kini Sterling berjaya membuat 56 penampilan buat England dengan 12 jumlah jaringan. - dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Raheem Sterling, Kontrak, Penaja

Artikel Lain