suria

Selepas enam minggu, Dybala kini bebas Covid-19

Dybala kini boleh kembali menjalani latihan selepas sembuh daripada Covid-19.

PENYERANG Juventus Paulo Dybala kini bebas wabak Covid-19 selepas lebih kurang enam minggu diumumkan positif pandemik Covid-19 itu.

Sebelum diumumkan bebas Covid-19, Dybala telah menjalani dua kali ujian dan keputusannya adalah negatif.

Berikutan keputusan itu, Dybala akan menjalani isolasi di rumahnya sebelum menjalani latihan terhad bersama rakan sepasukan di Vinovo.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang Juventus dan teman wanita positif Covid-19 jalani kuarantin di rumah

"Secara jujurnya saya tidak pernah terfikir untuk terlepas beraksi dan berlatih jangka masa panjang ini.

"Saya ingin kembali berlatih, bertemu dengan rakan sepasukan dan sekurang-kurangnya menyentuh bola kerana menjalani latihan di rumah adalah tidak sama.

"Saya perlu kembali pakai but dan berlari seterusnya menjaringkan gol. Seperti yang selalu saya beritahu, apabila ada semangat and akan membuatnya dua kali lebih penting." - Onefootball

Paulo Dybala, Juventus, Covid-19

Artikel Lain