suria

Ander Herrera akhirnya dedah sebenarnya tidak mahu tinggalkan Manchester United

Gambar fail Ander Herreras semasa bermain dengan pasukan Manchester United. Foto AFP

ANDER Herrera akhirnya mendedahkan bahawa beliau tidak mahu meninggalkan Manchester United tetapi berbuat demikian kerana perbezaan pendapat dengan barisan kepimpinan.

Lima tahun Herrea di Old Trafford berakhir selepas beliau menyertai Paris Saint-Germain (PSG) menerusi perpindahan percuma pada musim panas lalu.

Perpindahan tersebut dibuat setelah kontraknya tamat.

Pemain tengah itu menjaringkan sebanyak 20 gol dalam 189 penampilan untuk Red Devils.

Malah, beliau turut membantu pasukan itu memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa sepanjang tempoh tersebut.

Mengimbas kembali mengenai perpindahan keluar dari Old Trafford, bercakap kepada ESPN FC, Herrera berkata: "Bila saya lihat balik setahun lalu, niat saya adalah tidak meninggalkan Manchester United.

“Saya mempunyai pendapat yang berbeza dengan kepimpinan tetapi saya menghormati mereka. Saya sangat menghormati mereka.

"Mereka melakukan banyak perkara untuk Manchester United dan saya tidak setuju dengan orang yang mengatakan mereka tidak melakukannya.

“Mereka benar-benar mengalami kesulitan apabila keadaan tidak berjalan lancar dan mereka benar-benar berjuang untuk mengembalikan Manchester United," katanya.

“Saya tidak bersetuju dengan beberapa keputusan yang mereka buat tetapi ia berlaku dalam bola sepak. Ia berlaku dalam setiap syarikat.

'' Selain itu, saya menghormati mereka. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Ed Woodward dan dengan pemilik, jadi saya tidak ada apa untuk dirungutkan tentang mereka." - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ander Herrea, Manchester United, PSG,

Artikel Lain