DI KALA pandemik Covid-19 masih belum reda, orang ramai memilih untuk duduk di rumah demi menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing. Tidak terkecuali bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo. Namun sebagai seorang personaliti sukan yang menjadi perhatian ramai, Ronaldo memastikan penampilannya tetap diutamakan khususnya gaya rambut. Memandangkan kebanyakan salon rambut ditutup untuk mengelakkan penularan Covid-19, Ronaldo meletakkan sepenuh kepercayaan kepada teman wanita, Georgina Rodriguez untuk menggayakan rambutnya. Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Georgina memuat naik sekeping gambar memaparkan gaya rambut Ronaldo yang ditocang dengan jalinan menarik. Perkongsian tersebut meraih sehingga 2,200,000 like. Sebelum ini pada April lalu, Georgina turut diberi kepercayaan oleh pemain berusia 35 tahun itu untuk menggayakan rambutnya. Nampaknya, bintang Juventus ini akan kembali ke sesi latihan minggu ini dengan gaya rambut baharu. - Givemesport.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!