suria

Pemain EPL berganding tunjuk solidariti 'Black Out Tuesday' bantah sikap rasis

Pemain-pemain Chelse melutut dan membentuk huruf H sebagai tanda solidariti kepad kepada kematian George Floyd.

KELAB-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) turut menyertai 'Blackout Tuesday' yang menjadi trending di media social pada Selasa sebagai solidariti kepada situasi terkini di Amerika Syarikat.

Penduduk di seluruh dunia melakukan protes berikutan kematian seorang lelaki kulit hitam George Floyd minggu lalu gara-gara tindakan anggota polis kulit putih.

Berikutan kematian itu, semua penduduk termasuk selebriti, ahli korporat, artis dan bintang suka tidak memuatnaik status atau gambar peribadi di akaun media sosial masing-masing.



Silva memuatnaik gambar berwarna hitam di Twitternya
.

Facebook, Instagram dan Twitter dipenuhi dengan kotak berwarna hitam bagi menyokong 'Black Lives Matter' dan tanda pagar, #BlackOutTuesday.

Bintang Manchester City, David Silva antara permain EPL terawal yang memutanaik gambar kotak hitam dengan menulis: 'Black Lives Matter' #BlackOutTuesday di Twitternya.

Manakala pemain Chelsea Emerson Palmieri, Ruben Loftus-Cheel, Antonio Rufiger, Christian Pulisic, Conor Galagher, Trevoh Chalobah, Tammy Abraham, Fikayo Tomori dan Mason Mount turut mengambil bahagian dalam solidariti ini juga bersama pemain England Marcus Rashford.

Malah skuad Chelsea juga memuat naik gambar semua pemain berada dalam keadaan melutut membentuk huruf 'H' untuk 'Human'. - DailyStar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Solidariti, EPL, George Floyd

Artikel Lain