PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola meminta orang kulit putih sepatutnya memohon maaf di atas layanan terhadap orang kulit hitam. Guardiola berkata demikian ketika pemain-pemain Liga Perdana Inggeris memakai jersi bertulis 'Black Lives Matter'. Pemain-pemain City dan Arsenal membuat penghormatan dengan melutut sebelum perlawanan bermula pada Rabu selepas isyarat tersebut turut dilakukan oleh Aston Villa dan Sheffield United sebaik sahaja liga kembali bersambung selepas tiga bulan ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19. "Orang kulit putih perlu meminta maaf selepas layanan mereka ke atas orang kulit hitam sejak 400 tahun lalu. "Saya berasa malu dengan layanan ke atas orang kulit hitam seluruh dunia, bukan sahaja di Amerika Syarikat, masalah ini di semua tempat," jelasnya. Guardiola memberi arahan kepada pemainnya ketika aksi bertemu Arsenal lewat Rabu malam. "Kita perlu menghantar lebih banyak mesej kepada orang kulit hitam, saya segan dan malu apa yang orang kulit putih lakukan. "Hanya kerana anda dilahirkan dengan perbezaan warna, bagaimana anda fikir mereka berbeza dengan yang lain?," tambahnya. Semua pemain menggantikan tulisan dengan 'Black Lives Matter' menggantikan nama di jersi mereka sebagai tanda sokongan kempen protes antarabangsa susulan kematian berkulit hitam, George Floyd di tangan anggota polis Minneapolis bulan lalu. "Semua pesanan adalah positif dan kita perlu berjuang. Semua yang kita lakukan adalah untuk memberi kesedaran bahawa ia tidak boleh diterima. "Kita perlu melakukan lebih lagi untuk orang kulit hitam yang tidak dilakukan setakat ini," katanya.Pada perlawanan tersebut City menang 3-0 ke atas Arsenal. - eurosport.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!