LIGA bola sepak di England, Sepanyol dan Jerman beraksi tanpa kehadiran penyokong berikutan peraturan baharu selepas penularan wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia sebelum ini. Beraksi tanpa penyokong dianggap seperti tiada keindahan dalam bola sepak dan ramai yang merasakan seperti 'kehilangan sesuatu'. Namun, Belanda mengambil langkah keceil untuk mengembalikan aura bola sepak dengan membenarkan penyokong-peyokong kembali ke stadium. Menurut laporan De Telegraaf, penyokong-penyokong dibenarkan memasuki stadium namun dengan syarat tidak boleh menyanyi atau bersorak serta mengekalkan penjarakkan sosial. Dengan polisi baharu ini, jumlah kapasiti kehadiran penyokong juga akan diambil kira. Bagaimana pun keputusan muktamat kebenaran itu belum diputuskan lagi oleh pihak kerajaan Belanda dan dijangka perbincangan akan dibuat bersama saintis bagi memastikan keselamatan semua. Musim baharu liga Belanda bakal berlangsung pertengahan September ini, manakala pasukan kebangsaan akan diuji dengan polisi tersebut menjelang perlawanan bertemu Poland dan Itali sempena bermulanya aksi Liga Negara-Negara. April lalu, liga Belanda 2019-2020 dibatalkan yang menyaksikan tidak ada penyingkiran atau juara liga musim ini . -Dailymail.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!