suria

Ronaldo bercuti bersama kekasih di atas kapal layar mewah selepas dikritik 'kurang menyengat'

Ronaldo dan kekasihnya, Georgina Rodriguez.

CRISTIANO Ronaldo dan kekasihnya, Georgina Rodriguez kembali mencuri tumpuan netizen apabila bercuti di atas sebuah kapal layar mewah berharga 15 juta pound sterling.

Gambar percutian mewah itu dikongsi Georgina di Instagram miliknya dengan kapsyen romantis.

"Satu perkara saya suka lebih dari kamu adalah kita," tulisnya.

Menurut Tuttosport, pasangan itu berkunjung ke bandar Viareggio sebelum bermalam di sebuah hotel di Forte dei Marmi.

Difahamkan Ronaldo bercuti untuk menenangkan fikirannya selepas tahap kecergasannya dikritik baru-baru ini.

Pengurus Juventus, Maurizio Sarri mengakui Ronaldo kurang menyengat selepas pasukan itu tewas kepada Napoli pada aksi Coppa Italia.

Namun kapal layar mewah itu turut dilengkapi gimnasium dan sebuah jakuzi. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain