suria

Guardiola janji akan beri penghormatan kepada Liverpool di Stadium Etihad

City bakal menyerahkan trofi kejuaraan kepada Liverpool.

MANCHESTER City akan menyerahkan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada juara baharu musim ini, Liverpool apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Etihad Khamis ini.

Liverpool menamatkan kemarau 30 tahun gelaran juara liga selepas City tewas 2-1 kepada Chelsea minggu lalu menyaksikan kelab Merseyside itu mengukuhkan kedudukan dengan kelebihan 23 mata di puncak liga.

Liverpool bakal bertandang ke tempat lawan bagi aksi pertama selepas dinobatkan sebagai juara dan pengurus City Pep Guardiola memberitahu pasukannya akan memberi penghormatan kepada skuad Jurgen Klopp.



Skuad Klopp bakal bertandang ke Stadium Etihad Khamis ini.

"Sudah tentu kami akan memberi penghormatan kepada mereka.

"Dalam sukan anda perlu hidup untuk masa depan. Jangan lupa kami adalah kelab dan organisasi yang luar biasa dan apa yang anda perlu buat adalah belajar," jelas pengurus berusia 48 tahun itu.

Tambah Guardiola, dia sudah bersedia untuk membantu City kembali lebih kuat untuk musim depan.

Manchester City merupakan juara bertahan EPL bagi dua musim berturut-turut, 2017-2018 dan 2018-2019. -Eurosport

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain