suria

Solskjaer beri amaran kepada barisan penyerang

Solskjaer (tengah) memberi amaran kepada barisan penyerangnya supaya jangan terlalu selesa.

PENGURUS Manchester United meminta barisan penyerangnya supaya bangkit daripada situasi sekarang agar aksi mereka lebih menyengat.

Malah pengendali dari Norway itu turut memberi amaran kepada mereka supaya meningkatkan prestasi masing-masing.

"Jika kamu fikir kami tidak akan mencari pengganti (di tempat sekarang), kamu berada di tempat yang salah."

Dua penyerangnya Marcus Rashford dan Anthony Martial gembira dengan musim ini apabila masing-masing meledak 19 gol manakala Mason Greenwood menyumbat 12 gol dan Odion Iglaho empat gol pertama ketika aksinya.

Solskjaer sedar United memerlukan lebih banyak perubahan besar untuk bersaing ke kedudukan teratas liga, dan dia dilihat sudah bersedia untuk memasuki pasaran pemindahan pemain bagi menambahkan kekuatan pasukannya itu.

Terbaharu, United kini sedang memerhati pemain sayap Borussia Dortmund Jadon Sancho dan pemain tengah Aston Villa Jack Grealish.

Solskjaer juga merancang untuk mendapatkan penyerang baharu selepas terlepas untuk dapatkan Erling Haaland Januari lalu.

"Di Manchester United, anda perlu bersaing.

"Saya telah berada di sini beberapa tahun sebagai penyerang dan Teddy Sheringham datang, Dwight Yorke juga ke sini, Ruud van Nistelrooy serta Wayne Rooney.

"Jika anda rasakan di sini tempat yang betul untuk bermain setiap perlawanan dan melakukan yang terbaik dan kami tidak akan mencari orang lain... anda sebenarnya di tempat yang salah.

"Kami sentiada mencari untuk terus meningkat dan jika anda tidak berubah kami mungkin akan mencari lain kerana kita perlu lebih baik.

"Kami terlalu jauh berada di tempat yang sepatutnya," jelas Solskjaer. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain