SERGE Aurier disenaraikan dalam skuad utama Spurs selepas dua hari adiknya mati ditembak. Adik pemain pertahanan itu, Christopher Aurier, 26, ditembak di luar sebuah kelab malam sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. Serge tersenarai dalam barisan utama skuad Jose Mourinho yang akan bertandang ke Newcastle United, namun dia diberi pilihan untuk beraksi atau pulang negaranya untuk bersama keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Adik pemain bintang Spurs mati akibat kesan tembakan di perut Menurut Mourinho, keputusan terpulang kepada Aurier untuk bermain atau tidak dalam tempoh sedihnya itu. Malah Mourinho mengakui dia menghormati jika keputusan Aurier tidak mahu beraksi untuk musim ini. "Kami akan sentiasa menyokong keputusannya. Jika dia tidak mahu bermain sehingga habis musim, kami perlu hormatinya. Mourinho memberi sokongan penuh dalam apa jua keputusan Serge. "Setiap orang mempunyai cara tersendiri apabial berdepan dengan tragedi seperti ini. "Dia akan pulang ke Perancis untuk bertemu ibunya, dan kami memberi sokongan penuh," ujar Mourinho. Sementara itu, suspek bunuh adiknya dolaporkan telah menyerah diri kepada pihak polis dan 'mengaku membunuh mangsa'. Christopher ditemui terbaring dengan kesan tembakan di bahagian perut awal pagi Isnin lalu. - Dailymail Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!