BINTANG Bradford City, Ben Richards-Everton sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Polis West Midlands selepas dia digari dan diacu senjata renjat (taser gun) ketika kereta dipandunya ditahan, bulan lalu. Dalam kejadian tersebut, Richards-Everton sedang memandu Range Rover melalui Sutton Coldfield bersama teman wanitanya sebelum pegawai polis memintanya memberhentikan kereta. Pihak polis kemudian terus menggeledah kenderaan milik bintang bola sepak itu. Menerusi video yang dirakam teman wanitanya, kelihatan Richards-Everton digari dan seorang lagi anggota polis memegang senjata renjat dan mengacukan ke arahnya. Polis West Midlands mengatakan bahawa plat pendaftaran kereta milik Richard-Everton dikaitkan dengan 'dadah dan senjata api', namun mereka tidak menjumpai apa-apa di dalam kenderaan tersebut. Polis berkata mereka percaya plat tersebut telah diklon. Richards-Everton mengesahkan bahawa dia membeli kereta itu daripada seorang yang bereputasi tiga minggu sebelum kejadian. - Independent.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!