JUDE Bellingham diterbangkan ke Jerman bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum sah bergelar pemain Borussia Dortmund. Bellingham, 17, dari Birmingham bersetuju mengikat kontrak lima tahun bernilai 25 juta paun (RM134 juta) dengan kelab gergasi Jerman itu sekaligus menjadi pemain remaja termahal dunia. Pemain tengah itu dibawa ke Jerman menggunakan pesawat peribadi bagi pemeriksaan kesihatan bagi melengkapkan dokumen perpindahan dan bakal menerima pendapatan mencecah 30 juta paun jika mencapai sasaran. Sebelum ini Dortmund terpaksa bersaing dengan beberapa kelab terkemuka terutama Manchester United untuk mendapatkan Belllingham. Bellingham menjadi rebutan beberapa kelab terkemuka. United juga pernah membawa Bellingham dan ibu bapanya melawat pusat latihan bersama Sir Alex Ferguson awal tahun ini. Kelab Liga Perdana Inggeris itu yakin kejayaan membawa masuk Jadon Sancho dari Bundesliga boleh mempengaruhi Bellingham untuk memilih United, namun sebaliknya berlaku. Di bawah syarat perjanjian, Bellingham akan kembali ke Birmingham bagi beraksi dua perlawanan akhir Liga Kejuaraan musim ini. Sebelum Bellington mencecah usia 17 tahun pada 29 Jun lalu, dia telah merakam 42 penampilan dalam semua perlawanan musim ini dengan gaji 145 paun (RM776) seminggu berikutan syarat-syarat pelajar sekolah. - Dailymail Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!