PEMAIN Tottenham, Harry Kane dan isteri, Katie Goodland mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata ketiga. Menariknya, berita mengenai jantinan anak mereka itu didedahkan menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial. Kane, 26, dan Goodland, 27, sudah mempunyai anak perempuan berusia tiga tahun bernama Ivy Jane dan seorang lagi bernama Vivienne Jane, berusia dua tahun. Menerusi laman Twitter dan Instagram pada petang Isnin, mereka mengumumkan bahawa jantina anak ketiga adalah lelaki. Dalam video pendek, pasangan itu dapat dilihat bercakap kepada sesuatu yang dianggap sebagai rakan dan keluarga melalui panggilan Zoom, bersama dengan dua anak perempuan mereka. Mereka kemudian bertanya apakah jantina bayi itu. Kane membawa sebiji bola ke petak penalti, sebelum membuat sepakan dan memasuki ke tengah gawang. Bola itu kemudian meletup dan mengeluarkan asap biru, dan keluarga itu meraikannya sambil memberitahu bahawa mereka dikurniakan anak lelaki. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!