BINTANG Liverpool, Sadio Mane disahkan positif Covid-19, demikian menurut kenyataan rasmi kelab tersebut.
Menurut kenyataan berkenaan lagi, pemain antarabangsa Senegal itu juga sedang menjalani kuarantin.
"Sadio Mane diuji positif Covid-19 dan menjalani kuarantin mengikut garis panduan kesihatan yang ditetapkan,"katanya.
Mane yang menjaringkan gol ketika menewaskan Arsenal 3-1 pada Isnin menunjukkan gejala ringan namun kesihatannya dilaporkan baik.
Rakan sepasukannya, Thiago Alcantara terdahulu diuji positif Covid-19 awal minggu ini.
Kedua-dua pemain itu tidak dapat beraksi menentang Aston Villa di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana, Isnin ini. - Sky Sport
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!