suria

Tiga penjaga gol disahkan positif Covid-19, Ukraine terpaksa pilih penolong jurulatih berusia 45 tahun jaga gawang

Oleksandr Shovkovskiy terpaksa menggalas peranan sebagai penjaga gol Ukraine selepas tiga tonggaknya positif Covid-19. Foto: Reuters/ Phil Noble

UKRAINE terpaksa memilih penolong jurulatih berusia 45 tahun, Oleksandr Shovkovskiy dalam skuad mereka untuk beraksi menentang Perancis pada Rabu lalu.

Ia gara-gara tiga penjaga gol pasukan kebangsaan negara tersebut disahkan positif Covid-19, termasuk Andriy Pyatov, Andriy Lunin dan Yuriy Pankiv.

Shovkovskiy, bekas penjaga gol Dynamo Kiev yang bersara pada 2016 mula meneruskan karier kejurulatihan dan sebahagian daripada skuad jurulatih pengurus pasukan Ukraine, Andriy Shevchenko.

Dalam aksi persabahatan antarabangsa itu bagaimanapun menyaksikan Ukraine teruk dibelasah 7-1 oleh Perancis.

Pemain muda Perancis, Eduardo Camavinga, membuka jaringan seawal minit ke-9 perlawanan bermula.

Gol yang lain menyusul menerusi Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Olivier Giroud dan Corentin Tolisso.

Sementara itu gol tunggal Ukraine dijaringkan oleh Viktor Tsigankov pada minit ke-53. - Goal.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

penjaga gol, Covid-19, gawang, Ukraine

Artikel Lain