MARCUS Rashford semakin bersemangat untuk berjuang membasmi kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak apabila menerima penganugerahan MBE di atas usahanya. Bintang Manchester United dan pemain skuad kebangsaan England itu memberikan reaksi selepas pengumuman tersebut dibuat sempena sambutan ulang tahun Ratu England yang ditangguhkan. Sehubungan itu, Rashford menuntut supaya Perdana Menteri, Boris Johnson memperluaskan skim makanan percuma di sekolah. Pemain berusia 22 tahun itu melihat penghargaan itu untuk mendorong kepada usahanya untuk menubuhkan pasukan petuhas khas bagi membantu mengatasi kemiskinan makanan kanak-kanak. "Perjuangan ini untuk melindungi kanak-kanak yang mudah sakit masih belum selesai. "Saya akan melakukannya untuk komuniti dan keluarga-keluarga yang telah saya jumpa dan bercakap dengan mereka. "Adalah tidak adil sekiranya saya tidak menggunakan peluang ini untuk menggesa Perdana Menteri supaya menyokong kanak-kanak kita dengan lanjutan skim baucar," katanya. - Miiror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!