PRESIDEN kelab Monaco, Vadim Vasilyev yang menjual Kylian Mbappe kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017, percaya penyerang itu mempunyai perancangan untuk keluar dari kelab Perancis itu. Mbappe dikaitkan dengan perpindahan dari Parc des Princes dengan Real Madrid dan Liverpool, yang dipercayai berminat untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu. Vasilyev, yang menyaksikan pasukannya di Monaco mengalahkan PSG 3-2 pada Jumaat, mendakwa apa jua keadaan boleh berlaku dalam isu perpindahan tersebut. Namun, penyerang tersebut kini dalam pertimbangan untuk berpindah keluar dari PSG.. Bercakap kepada Telefoot, Vasilyev berkata: "Dia harus membuat keputusan yang amat penting, dan sekarang dia nampaknya lebih menuju ke jalan keluar. "Tiada yang mustahil. Kylian masih muda dan apa yang ingin dimenanginya adalah gelaran. "Dia bercita-cita tinggi. Dia mahu memenangi segalanya dan memecahkan semua rekod. "Jika esok PSG mengusulkan projek yang bercita-cita tinggi, di mana dia berasa selesa dan dengan pilihan untuk melangkah lebih jauh dan menjamin dia dapat menawan segala-galanya dalam kariernya, dia boleh memperbaharuinya (kontrak)," katanya. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!