PEP Guardiola telah menandatangani kontrak selama dua tahun lagi yang akan menyaksikannya kekal sebagai pengurus Manchester City sehingga musim panas 2023. "Manchester City dengan sukacita mengumumkan Pep Guardiola sudah menandatangani kontrak perjanjian selama dua tahun bersama kelab ini," kata satu kenyataan menerusi laman sesawang City. Dengan pengesahan tersebut, ia sekaligus menamatkan spekulasi mengenai masa depan pengurus berusia 49 tahun itu bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan. Kontrak Guardiola dijadual berakhir pada penghujung musim ini dan pengendali dari Sepanyol itu dikatakan sudah pun sedia meninggalkan City. Bagaimanapun Guardiola bersetuju untuk kekal di Stadium Etihad sehingga sekurang-kurangnya sehingga 2023. Sementara itu Guardiola memberitahu laman sesawang City: "Kami telah mencapai banyak kejayaan bersama, menjaringkan gol, memenangi permainan dan piala, dan kami semua sangat bangga dengan kejayaan itu. "Mempunyai sokongan seperti itu adalah perkara terbaik yang dimiliki oleh seorang pengurus," katanya. - BBC.Com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!