SEWAKTU namanya belum dikenali ramai, Lewis Hamilton mengakui pernah menerima layanan buruk. Ujar pelumba Formula 1 (F1) itu, dia berhadapan individu dengan sikap perkauman sehingga tergamak mengusirnya pulang ke negara asal. Ujarnya, layanan kini cukup berbeza memandangkan dia sudah mencipta nama dan bergelar juara dunia. "Saya masih ingat semua perkara buruk yang berlaku dan diucapkan kepada saya. "Saya juga mahu buktikan apa yang mereka kata itu salah," ujarnya. Kata Hamilton, dia berkongsi kisah itu bagi memberi mesej kepada anak muda dengan impian besar agar tidak pernah berputus asa. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!