LUPAKAN seketika mengenai litar lumba, Lewis Hamilton pada Jumaat lalu dirakam keluar membeli-belah di sebuah kedai barang kemas di Los Angeles. Malah, dia dilaporkan berada dalam kedai itu selama tiga jam. Seperti biasa, dia tiba dengan menaiki sebuah kereta mewah, Porsche Taycan Turbo S. Memakai pakaian serba putih, gaya itu dilengkapkan dengan beberapa utas rantai emas. Malah, dia turut memadankan gaya itu dengan pelitup muka berwarna putih. Dalam pada itu, spekulasi mengenai kontrak Hamilton dengan Mercedes masih lagi menjadi tanya tanya. Namun, dia dikhabarkan bakal memulakan perlumbaan di Bahrain pada 28 Mac ini. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!