PEMAIN sayap remaja, Shola Shoretire dinaikkan ke latihan pasukan pertama di Manchester United setelah menandatangani kontrak profesional pertamanya. Shoretire, yang menyambut ulang tahun ke-17 minggu lalu, yang menyertai pasukan itu bagi bawah 23 tahun (B23). Dia kemudian dilatih bersama pasukan pertama secara ad hoc sejak dua bulan lepas. Namun, menyedari perkembangannya, pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer membawa Shoretire ke latihan pasukan pertama pada Ahad. Bukan setakat itu, remaja itu juga kekal pada kedudukan untuk menyaksikan prestasinya terus meningkat. Menerusi foto menandatangani kontrak baharu bersama Solskjaer yang dikongsikan di Instagram, Shoretire berkata: "Mimpi menjadi kenyataan untuk menandatangani kontrak profesional pertama untuk kelab remaja saya! Hari yang begitu membanggakan bagi saya dan keluarga. "Terima kasih kepada semua di kelab dan keluarga saya yang banyak membantu saya sampai ke saat ini. Kerja keras berterusan!," katanya. Mengikut rekod, Shoretire pernah menolak tawaran daripada Paris St Germain, Barcelona, Juventus dan Bayern Munich kerana mahu menumpukan masa depannya di Manchester United. - Mail Online Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!