BEKAS juara tinju light-welterweight, Amir Khan sekali lagi berkongsi paparan kehidupan mewahnya menerusi laman sosial. Terbaharu, dia berkongsi mengenai jam tangan mewah yang dibeli untuk anak lelakinya yang berusia setahun. Ia dihadiahkan sempena ulang tahun kelahiran pertama kanak-kanak itu pada 12 Februari lalu. Jam berjenama Rolex dengan harga £30,000 (RM167,753) itu ternyata menarik perhatian ramai pelayar media sosial. "Beli hadiah hari lahir pertama untuk anak saya. "Koleksi jam miliknya haruslah hebat," kata atlet popular itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!