REAL Madrid meneruskan kerja-kerja membangunkan Bernabeu, termasuk pembinaan tempat letak kereta empat tingkat. Kelab itu tidak bermain di stadium tersebut sejak wabak Covid-19 pada Mac tahun lalu. Ia kemudian mengambil peluang dengan meneruskan rancangan untuk memodenkan stadium yang menampung kapasiti sebanyak 81,000 tempat duduk. Pada masa ini, pasukan pertama Real Madrid bermain dalam perlawanan mereka di tempat simpanan kelab, Alfredo Di Stefano. Menerusi satu video berdurasi lapan minit yang dimuat naik di saluran media sosial Real Madrid, kelab itu menunjukkan perkembangan terbaharu yang dilakukan sepanjang beberapa bulan. Antaranya ialah tempat letak kereta empat tingkat, di mana kelab tersebut akan memiliki ketinggian dua kali ganda untuk membolehkan trak dan bas melaluinya. Ia juga menunjukkan kerja-kerja struktur sedang dilakukan termasuk bumbung di mana apabila selesai mempunyai kemampuan untuk ditutup untuk sebarang acara yang diadakan di stadium. Ciri-ciri lain dalam reka bentuk baharu akan merangkumi skrin video 360 darjah dan bahagian tempat duduk baharu. Dengan peruntukan sebanyak £500 juta (RM2.8 bilion), kerja-kerja tersebut dijangka selesai pada Oktober 2022. - Mail Online The latest stadium works! Santiago Bernabéu (Feb 2021)#RealMadrid | #HalaMadrid pic.twitter.com/3bRXWqYHzy — Real Madrid C.F. (@realmadriden) February 16,2021 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!