STEVEN Gerrard mengakui dia merasa 'kecewa' ekoran lima pemain Rangers didakwa melanggar peraturan Covid-19. Susulan perkembangan tersebut, kelab berkenaan mengatakan bahawa mereka telah melancarkan siasatan dalaman. "Pertama sekali kami harus mengakui bahawa lima pemain kelab telah terlibat dalam pelanggaran peraturan Covid-19. Dari peringkat tertinggi kelab hingga bawah, kami semua benar-benar kecewa. "Perkara itu akan ditangani secara dalaman. Bongani Zungu, Nathan Patterson, Calvin Bassey, Dapo Mebude, dan Brian Kinnear, penjaga gol muda terlibat. "Mereka akan dikenakan saman dan kami sedang berdialog dengan SFA (Scottish Football Association) dan kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian," demikian katanya yang juga pengurus Rangers. Menurut Gerrard, pemain yang berkenaan sudahpun dikeluarkan daripada skuad buat sementara waktu dan sedang menjalani kuarantin. "Saya akan duduk bersemuka dengan mereka apabila dibenarkan berbuat demikian kelak," katanya. Media tempatan melaporkan kelima-lima pemain itu menghadiri parti ketika perintah kawalan sedang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan Covid-19. - TheGuardian Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!