PAKAR forensik yang menyiasat kemalangan kereta membabitkan Tiger Woods berpendapat juara golf tersebut tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika memandu sebelum kejadian berkenaan berlaku. Selain itu, teori yang dikeluarkan juga berpendapat kemalangan itu berlaku disebabkan Woods mungkin terlelap ketika memandu. Mereka juga menyatakan bahawa Woods lambat untuk menekan brek menyebabkan keretanya terbabas sebelum terbalik beberapa kali berhampiran Los Angeles. Woods, 45 tahun, memandu kereta kenderaan utiliti sukan (SUV) berseorangan, sebelum terbabit dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi waktu tempatan. Akibat kemalangan tersebut, Woods mengalami patah beberapa tulang di kaki kanannya. Tragedi yang menimpa Woods menjadi tumpuan dalam kalangan peminat sukan golf sejak minggu lalu, dengan pelbagai teori mengenai kemalangan tersebut diperkatakan. - Foxnews.com Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!