suria

Kelab gergasi bakal sertai saingan Liga Super Eropah!

Manchester United, Liverpool, Chelsea, Arsenal, Manchester City, dan Tottenham Hotspur bersetuju untuk menyertai Liga Super Eropah.

ENAM kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City, Manchester United, dan Tottenham Hotspur telah sepakat untuk menyertai Liga Super Eropah.

Format baru telah dikemukakan sebagai saingan Liga Juara-Juara UEFA, tetapi bukan sebagai pengganti liga domestik.

Selain enam kelab Liga Perdana Inggeris pasukan lain seperti AC Milan, Atletico Madrid, Barcelona, ​​Inter Milan, Juventus, Real Madrid, dan tiga lagi kelab akan menyertai Liga Super Eropah yang akan dimulakan "secepat mungkin".

ARTIKEL BERKAITAN: Liga Europa: Lebih bersemangat, Solskjaer yakin kemampuan United mara ke final

Satu kenyataan yang telah dikeluarkan,"Dua belas kelab bola sepak terkemuka di Eropah hari ini berkumpul untuk mengumumkan mereka telah bersetuju untuk mengadakan pertandingan pada pertengahan minggu baru Liga Super, yang ditadbir oleh pemilik-pemilik kelab.

"AC Milan, Arsenal FC, Atlético de Madrid, Chelsea FC, FC Barcelona, ​​FC Internazionale Milano, Juventus FC, Liverpool FC, Manchester City, Manchester United, Real Madrid CF dan Tottenham Hotspur semuanya bergabung sebagai Founding Clubs.

Dijangkakan tiga kelab lagi akan bergabung dengan sembilan kelab di atas bagi memulakan saingan itu secepat mungkin.-skysports

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain