suria

Wayne Rooney kritik keputusan Tottenham pecat Mourinho

Rooney menyifatkan keputusan Tottenham memecat Mourinho sebagai keputusan yang gila. Foto: Getty

WAYNE Rooney menyifatkan keputusan Tottenham untuk memecat Jose Mourinho sebagai 'gila'.

Pengurus berusia 58 tahun itu meninggalkan Spurs dalam tempoh masa berbaki kurang dari seminggu untuk mara ke final Piala Carabao menentang Manchester City pada Ahad.

Bekas pemain tengah Spurs, Ryan Mason mengambil alih tempat Mourinho sebagai pengurus buat sementara sehingga kelab mencari pengganti jangka panjang.

Prestasi Spurs dalam beberapa minggu terakhir ini begitu merosot, apabila memenangi hanya satu daripada enam perlawanan terakhir mereka selain tersingkir daripada saingan Liga Europa.

Tetapi Rooney, yang memenangi Piala EFL dan Liga Europa di bawah kendalian Mourinho selama bersama di Manchester United, percaya Spurs seharusnya menangguhkan keputusan mereka.

"Saya fikir ia keputusan yang gila sebelum ke Piala Carabao. Saya pasti mereka boleh menunggu hingga saingan piala itu berakhir.

"Jose adalah pengurus yang hebat, salah seorang pengurus terbaik ketika ini.

"Saya pasti dia akan bangkit dan banyak kelab teratas di luar sana yang ingin membawanya masuk," kata bekas pemain Manchester United itu. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain