JOSE Mourinho enggan mengulas mengenai pemecatannya secara mengejut oleh Tottenham, namun menegaskan beliau dia bersedia kembali ke pengurusan secepat mungkin dan tidak mahu berehat. Jurulatih kelahiran Portugal itu dipecat oleh Spurs setelah musim yang mengecewakan, dengan kelab itu berada di tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris. Selain itu, peluang pasukan untuk layak ke Liga Juara-Juara juga kelihatan suram. ARTIKEL BERKAITAN: Wayne Rooney kritik keputusan Tottenham pecat Mourinho Bagaimanapun, mereka berjaya pada final Piala Carabao, dengan Mourinho dipecat enam hari sebelum perlawanan itu di Wembley, yang dijadualkan berlangsung pada Ahad. Mourinho menghabiskan setahun tanpa pekerjaan setelah meninggalkan Manchester United pada 2018 sebelum mengambil alih Tottenham sebagai pengganti Mauricio Pochettino. Jurulatih berusia 58 tahun itu dilihat kembali ke kediamannya di barat London pada Isnin untuk mengemaskan barang-barang di pejabatnya, termasuk sejumlah gambar yang memaparkan detik paling penting dalam kariernya. Ditanya oleh Sky Sports jika ada perkara yang ingin disampaikannya, Mourinho berkata: "Tidak, tidak. Terima kasih banyak-banyak. Saya tidak akan bercakap. "Anda mengenali saya, anda tahu bahawa saya tidak akan berkata apa-apa." Beliau bagaimanapun lebih sedia untuk bercakap mengenai masa depannya dan menegaskan bahawa beliau mahu segera kembali ke pengurusan. Ditanya adakah Mourinho akan berehat, beliau menggeleng kepada dan menjawab: "Tidak. Tidak perlu. Tidak perlu rehat dan tidak perlu (caj semula) bateri." - Metro UK Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!