suria

Pelumba MotoGP muda tak putus asa, mahu kembali berlumba selepas terlibat kemalangan

Motosikal dinaiki Yamanaka seolah-olah terbang selepas dia berlanggar dengan rakan sepasukan, Sergio Garcia.

MALANG menimpa pelumba MotoGP, Ryusei Yamanaka, 19, apabila dia terlibat dalam kemalangan pada Jumaat lalu.

Kejadian itu berlaku ketika sesi latihan untuk Moto3 Grand Prix di Valencia.

Motosikal dinaiki Yamanaka seolah-olah terbang selepas dia berlanggar dengan rakan sepasukan, Sergio Garcia.

Pelumba Jepun itu mengalami kemalangan ketika dia sedang memecut pada kelajuan 225km/j.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

Yamanaka turut dihantar untuk pemeriksan kesihatan.

Tidak berputus asa, Yamanaka juga berharap untuk kembali berlumba biarpun baru sahaja terlibat dalam kemalangan itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain