suria

Bintang yang kecundang di Olimpik Tokyo

Pemain badminton nombor 1 dunia Kento Momota antara bintang yang kecundang di temasya Olimpik kali ini.

TEMASYA Olimpik Tokyo melabuhkan tirai semalam dengan Amerika Syarikat (AS) dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan 39 pingat emas, lebih satu berbanding China yang berada di tempat kedua dengan 38 pingat emas, sementara tuan rumah Jepun berada di tangga ketiga dengan 27 pingat emas.

Sebagai salah satu medan pertembungan nama-nama besar dalam arena sukan, temasya kali ini bagaimanapun memperlihatkan kegagalan beberapa bintang terkemuka, antaranya:

Japan's Kohei Uchimura reacts after competing in the horizontal bars event of the artistic gymnastics men's qualification during the Tokyo 2020 Olympic Games at the Ariake Gymnastics Centre in Tokyo on July 24, 2021. (Photo by Loic VENANCE / AFP)

Gimnas Jepun ini pulang dengan tangan kosong.

Kohei Uchimura

Atlet gimnas Jepun ini hadir ke Tokyo dengan harapan untuk mengakhiri kareer Olimpik dengan kejayaan.

Namun hasratnya musnah apabila melakukan kesilapan ketika beraksi dalam acara palang tunggal (horizontal bar).

Gimnas berusia 32 tahun itu memilih untuk tidak mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya dalam kategori all round pada tahun 2012 dan 2016 disebabkan mengalami kecederaan bahu.

ARTIKLE BERKAITAN: Messi mampu kembalikan nostalgia gandingan berbisa MSN bersama PSG

ARTIKLE BERKAITAN: Azizulhasni dedah punca gagal raih emas keirin - "Bukan tak nak kejar tapi..."

Tokyo 2020 Olympics - Athletics - Men's 200m - Final - Olympic Stadium, Tokyo, Japan - August 4, 2021. Noah Lyles of the United States celebrates with his national flag after winning bronze REUTERS/Kai Pfaffenbach

Pelari berusia 24 tahun ini sekadar meraih pingat gangsa.

Noah Lyles

Pelari pecut AS ini dijangka dapat memenangi pingat emas Olimpik selepas kejayaannya di Kejohanan Dunia 2019.

Namun pelari berusia 24 tahun dari Florida ini hampir tersingkir di separuh akhir acara 200 meter dan hanya mampu meraih gangsa pada pusingan akhir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tokyo 2020 Olympics - Athletics - Men's 100m - Semifinal- OLS - Olympic Stadium, Tokyo, Japan -  August 1, 2021. Trayvon Bromell of the United States after the race REUTERS/Andrew Boyers

Pelari berusai 26 tahun ini tersingkir di separuh akhir.

Trayvon Bromell

Rakan sepasukan Lyles ini merupakan favourite untuk memenangi acara 100 meter selepas mencatat masa terpantas untuk tahun ini dengan catatan masa 9.77 saat di Florida Julai lalu.

Malah dia disebut-sebut sebagai pelari yang mampu menyaing rekod legenda pecut dunia, Usain Bolt yang masih memegang rekod individu terpantas di dunia dengan catatan 9.58 saat.

Namun Bromell, 26, sekadar menamatkan cabaran pusingan awal di tempat keempat dengan catatan masa 10.05 saat sebelum tersingkir di separuh akhir dengan catatan masa 10.00 saat.

myhiomraq99ui3xqc4f6

Osaka menarik diri atas faktor kesihatan mentalnya.

Naomi Osaka

Sebagai pemain No.2 dunia, Naomi Osaka diletakkan harapan tinggi untuk menyumbangkan pingat emas buat negaranya di temasya Olimpik apatah lagi Jepun menjadi tuan rumah.

Malah dia juga diberi penghormatan untuk menyalakan obor Olimpik sebagai tanda pembukaan temasya kali ini.

Namun harapan Jepun meraih emas dalam acara tenis punah apabila Osaka tewas di pusingan ketiga tenis selepas kalah straight set kepada bintang Republik Czech, Marketa Vondrousova.

Osaka berkata tekanan untuk memenangi pingat emas pertama Jepun dalam acara tenis di kejohanan Olimpik pertamanya ini terlampau 'tinggi'.

Tokyo 2020 Olympics - Badminton - Men's Singles - Group Stage - MFS - Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo, Japan – July 28, 2021. Kento Momota of Japan reacts during the match against Heo Kwang-Hee of South Korea. REUTERS/Leonhard Foeger

Pemain badminton nombor 1 dunia ini tewas kepada pemain kurang ternama.

Kento Momota

Penyokong tuan rumah berharap bintang badminton negara itu yang juga juara dua kali kejohanan dunia, dapat menghadiahkan pingat buat Jepun.

Namun pemain berusia 26 tahun yang telah memenangi 11 kejohanan pada tahun 2019 ini tersingkir di peringkat kumpulan apabila tewas di tangan pemain kurang ternama dari Korea Selatan dan AS.

Momota mengakui dia mengalami tekanan yang tinggi kerana diletakkan harapan sebagai atlet yang diletakkan harapan menyumbang emas dalam acara tersebut.

newFile

Djokovic menghempas raket ketika perlawanannya dengan Pablo Carreno Busta.

Novak Djokovic

Dengan status sebagai pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic diramal mudah menangi pingat emas buat Australia di Olimpik Tokyo.

Namun ternyata gelarannya itu bukan jaminan buatnya untuk merangkul pingat apabila kalah di separuh akhir dan gagal memenangi perlawanan tempat ketiga dan keempat.

Lebih mengecewakan, Djokovic hilang pertimbangan apabila membaling raketnya ke arah tempat duduk penyokong yang kosong dan menghempas satu lagi raket ke arah tiang ketika aksi penentuan pingat gangsa menentang pemain Sepanyol. Pablo Carreno Busta.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

tokyo, olimpik, bintang, gagal

Artikel Lain