suria

Jangan sampai Liverpool hilang taji

SIKAP membisu pihak pengurusan Liverpool dalam urusan jendela perpindahan pemain kali ini merunsingkan peminat The Reds. — AGENSI.

MAJORITI peminat Liverpool dilihat cukup resah dengan tindakan pihak pengurusan kelab yang seakan-akan membisu serta tidak aktif membeli pemain baharu berkualiti sepanjang jendela perpindahan pemain kali ini.

Tatkala beberapa seteru utama Liga Perdana England seperti Manchester United dan Chelsea dilihat berbelanja sakan memborong pemain baharu seperti Romelu Lukaku, Jadon Sancho dan Raphael Varane, lain pula ceritanya dengan skuad kendalian Jurgen Klopp.

Ketiadaan skuad ampuh dengan kehadiran pemain baharu berkualiti dikhuatiri mampu menjejaskan peluang The Reds di pentas Liga Juara-Juara mahupun domestik, dan ia telahpun terbukti musim lepas sebaik beberapa pemain utama mereka dilanda kecederaan, lapor Talk Sport.

Jika ada pun yang dikaitkan dengan Liverpool bukannya nama-nama besar, antaranya pemain sayap West Ham, Jarrod Bowen dan juga perancang Borussia Monchengladbach, Florian Neuhaus namun tiada sebarang pengesahan setakat ini meskipun jendela perpindahan pemain semakin hampir ke penghujung.

Difahamkan, berbanding memburu pemain baharu, pihak pengurusan Anfield sedang sibuk membuat rundingan untuk melanjutkan kontrak baharu beberapa bintang utama mereka.

Legenda bola sepak England, Jamie O'hara percaya peminat pastinya kecewa dengan usaha sambil lewa yang dilakukan Liverpool bagi memburu pemain baharu menjelang sepak mula Liga Perdana England tidak lama lagi..

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

" The Reds setakat ini belum membuat sebarang perubahan untuk skuad mereka dan masih mendiamkan diri mengenai sebarang perkembangan perpindahan selain pembaharuan kontrak pemain sedia ada.

"Ini akan menjejaskan Liverpool kerana banyak kelab lain yang telah menandatangani pemain-pemain yang juga nama-nama besar untuk memperkukuhkan pasukan mereka untuk musim baharu nanti," katanya.

Antara beberapa tonggak yang membuat keputusan untuk kekal di Anfield termasuklah penjaga gol, Alisson.

Allison telah menandatangani perjanjian enam tahun sementara dua lagi tonggak, Trent Alexander-Arnold dan Fabinho masing-masing bersetuju dengan kontrak baharu selama empat dan lima tahun baru-baru ini.

Begitupun masa depan duo berbisa The Reds, Mohamed Salah dan Sadio Mane masih mengundang tanda tanya peminat kerana dilaporkan masih belum membuat kata putus untuk kekal di Liverpool.

Pada masa sama, Liverpool juga masih berusaha untuk memastikan Virgil van Dijk dan Andy Robertson supaya tidak mencari destinasi baharu musim depan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Liverpool, EPL, perpindahan

Artikel Lain