BINTANG muda Rennes, Eduardo Camavinga dilaporkan telah memohon untuk meninggalkan kelab Perancis itu pada musim panas ini, sekali gus menguatkan lagi spekulasi perpindahannya ke Manchester United. Pengarah Sukan Rennes, Florian Maurice mengesahkan perkara berkenaan dalam satu temubual bersama stesen radio Perancis, France Bleu Armorique. ARTIKEL BERKAITAN: Man.United belum puas berbelanja sakan, cuba sambar Griezmann dengan harga murah ARTIKEL BERKAITAN: Pujuk sertai Manchester United... Rio Ferdinand mengaku hantar mesej kepada Varane “Saya tahu apa yang dia mahukan. Kami sekarang harus mencari jalan penyelesaian yang memuaskan kedua-dua belah pihak,” katanya. Pemain muda berbakat yang berusia 18 tahun itu hanya mempunyai baki satu tahun kontrak bersama Rennes dan kelab itu berkemungkinan besar akan menjualnya pada jendela perpindahan ini daripada membiarkannya pergi secara percuma pada musim depan. Dengan usia Nemanja Matic yang semakin berusia dan masa depan Paul Pogba yang masih lagi samar, Camavinga dilihat sebagai individu yang mampu menggalas tugas di posisi tengah The Red Devils. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dengan 35 penampilan liga musim Lalu, Cavaminga merupakan salah seorang pemain terbaik Rennes yang membantu kelab tersebut menduduki tangga keenam liga Perancis. Kehadiran Camavinga juga dilihat bakal memberi pilihan baharu buat pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer yang dilihat terlalu bergantung kepada gandingan duo McTominay-Fred musim lalu. Setakat ini, United telah membawa masuk tiga orang pemain iaitu Tom Heaton, Jadon Sancho dan Raphael Varane. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!