SEORANG pemenang pingat emas Olimpik acara softball bakal menerima pingat yang baru setelah pingat asal yang diterimanya digigit oleh datuk bandar.
Reuters melaporkan Datuk bandar Nagoya, Takashi Kawamura baru-baru ini dikecam hebat akibat tindakannya membuka pelitup muka dan menggigit pingat yang dimenangi Miu Goto pada satu majlis 4 Ogos lalu.
"Dengan sokongan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), pingat Goto akan ditukar dengan yang baru," kata penganjur Olimpik Tokyo 2020.
ARTIKLE BERKAITAN: Ligue 1 sudah bermula, takkan masih boroi Neymar?
ARTIKLE BERKAITAN: Messi menginap di hotel mewah RM100,000 satu malam di Paris
Menurut penganjur, IOC akan menanggung keseluruhan kos penukaran pingat terbabit.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Kawamura dikritik hebat di media sosial kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan didakwa tidak menghormati Goto.
Goto dan Kawamura bagaimanapun tidak memberi sebarang komen tentang insiden terbabit.
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!