suria

"Dia tinggalkan kita satu mesej"... Status terakhir Instagram atlet basikal New Zealand cetus persoalan

MUAT naik status Padmore kebelakangan ini dikait dengan isu kesihatan mental yang dihadapi olehnya

KEMATIAN mengejut pelumba basikal trek New Zealand, Olivia Podmore, ternyata telah memberi kesan kepada ramai pihak terutama buat atlet seangkatan dan peminat sukan negara itu.

Podmore ditemui mati dirumahnya dunia di Cambridge, berhampiran Hamilton di Pulau Utara Selandia Baru Isnin lalu.

Pada usia 24 tahun, Podmore dilihat mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan berbasikal apatah lagi dia pernah mewakili negaranya di Olimpik pada 2016.

Meskipun punca kematian tidak didedahkan secara terperinci, pemergiannya dikaitkan dengan isu kesihatan mental atlet itu.

Ini kerana sebelum kematiannya, dia beberapa kali memuat naik status tentang tekanan yang dihadapi dalam kejohanan elit selain tekanan daripada harapan orang ramai.

Rakan baik Podmore, Eric Murray yang juga pemenang pingat emas Olimpik acara kayak, berkata mendiang merupakan seorang yang sentiasa ceria dan tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Murray mengakui dia mula merasa bimbang apabila Podmore menyiarkan status tentang isu tekanan yang dihadapinya.

Bagaimanapun mesej itu tidak dapat lagi dibaca kerana dipercayai telah dipadam.

"Dengan kata-kata terakhir Podmore, dia meninggalkan kita satu mesej.

"Mesej yang kita harap tidak akan dibaca lagi oleh sesiapa saja," kata Murray.

Murray berkata baru-baru ini beberapa atlet Olimpik berprofil tinggi turut menyuarakan tentang isu tekanan mental dan perkara itu disokong dengan statistik.

Isu kesihatan mental dalam kalangan atlet menjadi salah satu kebimbangan buat industri sukan di negara itu.

Kehilangan Padmore sebagai wakil New Zealand pada Olimpik 2016 di Rio de Janeiro dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast Australia, kini membuka mata ramai pihak tentang isu berkenaan.

Organisasi lumba basikal New Zealand dalam satu kenyataan memberitahu, golongan atlet perlu segera untuk mendapatkan bantuan sekiranya berdepan dengan masalah tekanan atau kesihatan mental.

"Padmore adalah pelumba yang sangat disayangi dan dihormati, pemergiannya amat dirasai.

"Adalah menjadi keperluan untuk kita saling menjaga antara satu sama lain," katanya. – CBS News.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain