suria

"Baik tengok gusti" - Klopp berang pengadil EPL tidak cukup tegas membendung kekasaran

Klopp mempersoalkan keputusan EPL untuk tidak menghukum 'perkara kecil' ketika perlawanan. — AGENSI.

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mahu pengadil lebih tegas melindungi pemain selepas menyaksikan pasukannya menewaskan Burnley 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Klopp jelas tidak gembira dengan beberapa kekasaran yang dilakukan ke atas pemainnya terutamanya yang dilakukan oleh Ashley Barnes dan Chris Wood dalam pertemuan itu.

Sebelum permulaan liga awal musim ini, pihak pengurusan memberitahu kelab yang terlibat bahawa pengadil tidak akan menghukum ‘perkara kecil’ untuk memastikan perlawanan lebih lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Peter Crouch bidas penyokong kritik Klopp tidak beli pemain

ARTIKEL BERKAITAN: Kelab EPL tiada kuasa pastikan semua pemain ambil vaksin

Bercakap kepada BT Sport, Klopp berkata, beliau melihat liga seolah-olah mundur ke 10 hingga 15 tahun ke belakang dengan keputusan berkenaan dan mempersoalkan impak negatif yang akan berlaku.

“Jika anda sukakan kekasaran seperti itu, tonton rancangan gusti. Mereka memberitahu keputusan itu adalah untuk memastikan perlawanan lebih lancar, tetapi tiada siapa yang tahu apa maksudnya.

“Anda lihat kekasaran yang dilakukan (Ashley) Barnes dan (Chris) Wood termasuk apa yang dilakukan Virgil (Van Dijk) dan Joel (Matip). Saya tidak pasti 100 peratus pengadil membuat keputusan yang tepat," tegas Klopp.

Dalam perlawanan tersebut, pengadil Mike Dean tidak mengeluarkan sebarang kad walaupun terdapat 12 kekasaran yang dilakukan oleh Burnley serta enam kekasaran oleh pemain Liverpool sendiri.

Tandukan Diogo Jota pada minit ke-18 serta jaringan cantik Sadio Mane pada separuh masa kedua memastikan Liverpool mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menumpaskan Norwich City 3-0 minggu lalu. - Sky Sports

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

jurgen klopp, liverpool, epl

Artikel Sebelum

Artikel Lain