suria

Nurshuhaini, Zhing Yi buat perhitungan tentukan juara

Tan Zhing Yi dipaksa bekerja keras sebelum tewaskan Ong Xin Yee, 21-15, 2-21, 22-20.

BERBANDING persaingan lain, Kumpulan A Kejohanan Ranking Dalaman Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pantas mencuri perhatian.

Bagi aksi perseorangan wanita, Nurshuhaini Azman dan Tan Zhing Yi akan membuat perhitungan sesama sendiri bagi menentukan siapa lebih layak untuk muncul juara Kumpulan A, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuah si cantik, atlet gimnastik dijangka jadi jutawan tak lama lagi... ramai peminat di TikTok

Pada aksi hari ini, Zhi Yi dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan Ong Xin Yee, 21-15, 2-21, 22-20 manakala Siti Nurshuhaini tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan Chan Wen Tse dalam aksi straight set, 21-12, 21-17.

"Set pertama dia ikut rentak saya. Tetapi di set kedua saya banyak lakukan kesilapan dan tidak banyak meraih mata.

"Di set ketiga saya mendahului seketika sebelum dia kembali mendahului saingan. Di penghujung dia sudah kepenatan dan ia memberi saya peluang untuk menang," kata Tang Zhi Yi ketika dihubungi mStar.

​​​​​Dalam aksi sebelum ini, kedua-dua pemain merekodkan pencapaian konsisten, menang dalam kesemua empat perlawanan.

Dalam saingan Kumpulan B menyaksikan Siti Zulaikha Muhd Azmi mengungguli pencabar lain dengan merakam rekod bersih dalam kesemua empat perlawanan.

Kumpulan C pula menjadi milik Tang Zhing Hui dan Chong Jie Yu yang menghuni dua kedudukkan teratas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

badminton, bam, juara