suria

Tawaran kedua ditolak PSG, Real Madrid tetap yakin dapatkan Mbappe

Kylian Mbappe masih menjadi harapan Real Madrid. foto Reuters

REAL Madrid tetap yakin akan mendapatkan Kylian Mbappe walaupun tawaran kedua bernilai £154 juta (RM885 juta) untuk penyerang Paris Saint-Germain itu ditolak oleh presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi.

Kali ini tawaran yang lebih baik, disahkan oleh kelab Sepanyol itu kepada Sportsmail.

Bagaimanapun, Al-Khelaifi berkata: "Pendirian kita adalah jelas. Kita tidak akan ubah atau mengulanginya."

Terdahulu, PSG berang dengan Real Madrid berikutan tawaran pertama pada Selasa yang bernilai £137 (RM788 juta).

Pengarah sukannya, Leonardo mendakwa tindakan kelab berkenaan sebagai 'tindakan yang tidak wajar dan tidak sopan".

Lionel Messi bakal membuat kemunculan pertama dalam PSG hujung minggu ini, namun tumpuan kini adalah minat kelab yang dimiliki ahli perniagaan Qatar itu membabitkan tawaran Real Madrid untuk mendapatkan Mbappe.

Reaksi Al-Khelaifi adalah cubaan supaya hal Mbappe tidak mengatasi perlawanan pertama Messi.

Pengarah Real Madrid, Emilio Butragueno berkata, kelab itu 'tenang dan sabar' atas desakan untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu.

Beberapa laporan di Sepanyol menunjukkan terdapat perkembangan sehingga Mbappe akan berada di Madrid pada Isnin untuk pemeriksaan perubatannya. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain