suria

Gara-gara protes atlet Ukraine, kemenangan Ziyad dibatalkan

Aksi Muhammad Ziyad dalam acara lontar peluru F20. foto AP

DIKEMASKINI

KEMENANGAN jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, ditarik balik pada Selasa.

Kemenangan itu dibatalkan selepas protes dilakukan oleh atlet Ukraine membabitkan isu teknikal, dengan mendakwa Muhammad Ziyad lewat tiba di call room.

Dilaporkan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata,kontinjen Malaysia telah mengemukakan bukti untuk membantah protes kem Ukraine yang menafikan pingat emas dimenangi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20.

Terdahulu, atlet berusia 31 tahun itu bersaing dalam acara lontar peluru F20.

Kecemerlangan Muhammad Ziyad turut memecahkan rekod dunia dalam lontaran pertamanya dengan catatan 17.31 meter (m).

Susulan hilang kelayakan Muhammad Ziyad, atlet Ukraine berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter merangkul pingat emas, manakala pingat perak dimenangi Oleksandr Yarovyi dengan catatan lontaran 17.30.

Pingat gangsa pula menjadi milik atlet dari Greece, Efstratios Nikolaidis yang melakukan catatan 15.93m

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI