REAL Madrid gagal mendapatkan pemain Paris Saint-Germain, Kylian Mbappé menerusi tawaran akhir £171.7 juta (982 juta). Bagaimanapun, kelab gergasi Sepanyol itu menyediakan perjanjian yang menarik dengan pemain skuad kebangsaan Perancis, Eduardo Camavinga. Camavinga yang berusia 18 tahun menyertai kontrak selama enam tahun dari Rennes. Real Madrid terpaksa menerima kegagalan mereka dalam mendapatkan Mbappe, sekurang-kurangnya buat masa ini. Kegagalan itu berikutan PSG tidak memberikan respons terhadap tawaran terbaharu mereka bagi mendapatkan pemain itu. Terdahulu, Real Madrid memberi jaminan bahawa tawaran mereka memberi sedikit keuntungan daripada kos membawa keluar Mbappe dari Monaco, dengan kontrak pemain itu hanya berbaki kurang setahun. - The Guardian UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI