suria

Mo Salah minta bayaran luar biasa

Keputusan Salah itu dilakukan selepas ada perbincangan daripada pengurus kelab yang mahu melanjutkan kontraknya.

PEMAIN bola sepak Mohamed Salah telah menuntut £500,000 (RM2,87 juta) seminggu untuk menjadi bintang Liverpool terakhir yang memberikan komitmen dalam jangka masa panjangnya bersama kelab tersebut.

Ia berlaku selepas pengurus kelab Reds, Jurgen Klopp, mengesahkan bahawa kelab itu sedang dalam perbincangan untuk melanjutkan kontraknya, yang masih mempunyai baki kurang dari dua tahun.

Bintang berusia 29 tahun itu sudah menjadi salah seorang pemain yang dibayar tinggi di Anfield dan kontrak baharu ini akan mengalahkan nilai bayaran kontrak baharu Vigil Van Dijk iaitu sebanyak £220,000 (RM1.26 juta) seminggu.

Klopp tidak sabar untuk Salah mengikuti jejak Van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Jordan Henderson dalam memberikan komitmen mereka kepada kelab Anfield. -DAILYMAIL

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

YNWA, Liverpool, Mohamed Salah, Anfield

Artikel Lain