suria

Remaja didenda, dilarang masuk stadium gara-gara ambil selfie dengan Memphis Depay

Moet Amin (kanan) didenda gara-gara mengambil selfie bersama Depay di tengah padang.

SEORANG peminat bola sepak berusia 13 tahun dikenakan denda dan dilarang memasuki stadium selama lima tahun berikutnya gara-gara tindakannya mengambil foto selfie bersama bintang Barcelona, Memphis Depay.

Remaja lelaki yang dikenali sebagai Moet Amin adalah antara sekumpulan belasan penonton yang berlari ke padang selepas kemenangan 4-0 Belanda ke atas Montenegro dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Pada minit terakhir perlawanan di Philips Stadion, Eindhoven, remaja tersebut berlari ke arah Depay, yang telah menjaringkan dua gol, untuk mengambil selfie sebelum melarikan diri.

Media Belanda, De Telegraaf melaporkan bahawa Amin telah dikenakan hukuman di atas tindakannya. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain