JADON Sancho meluahkan kegembiraannya menyertai Manchester United dari Borussia Dortmund pada musim panas. Pemain berusia 21 tahun itu tampil di bangku simpanan untuk pasukan baharu, ketika menentang Leeds dan Southampton, sebelum membuat penampilan sulung untuk pasukan di bawah pimpinan Ole Gunnar Solskjaer, yang menyaksikan kemenangan 1-0 menentang Wolves. Bercakap dengan UMM, Sancho berikrar akan membawa kecemerlangan yang ditunjukkannya di Jerman ke Liga Perdana Inggeris dan mencipta kejayaan untuk Manchester United. "Saya tidak berhenti tersenyum. Saya gembira berada di sini dan menjadi sebahagian daripada kelab Red Devils dan pasukan,'' kata Sancho. "Ini terutama ketika saya membuat penampilan sulung, para pemain sangat baik dengan saya dan menjadikannya lebih mudah. "Saya akan terus bermain dengan corak permainan saya. Saya tidak akan mengubah apa yang telah saya lakukan di Jerman. S "Saya baru sahaja membawanya ke sini dan semoga saya dapat menunjukkan kepada peminat apa yang dapat saya sampaikan," katanya. - Mail Online Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!