suria

Man United rugi besar akibat Covid-19

KEADAAN di Old Trafford sebelum kemenangan Manchester United menentang Leeds United bulan lalu. —Agensi

MANCHESTER United mengalami kerugian bersih sebanyak £92.2 juta (RM530 juta) dalam 12 bulan terakhir pada 30 Jun 2021.

Kerugian itu meningkat hampir £60 juta (RM345 juta) berbanding tahun sebelumnya, kata ketua eksekutif kelab itu, Ed Woodward.

Beliau berkata, pandemik wabak Covid-19 menjadikan antara tempoh paling mencabar dalam sejarah kelab.

Difahamkan, sebahagian besar skala kerugian menjadi caj cukai bukan tunai sebanyak £66.6 juta (RM383 juta), disebabkan oleh kenaikan kadar cukai korporat United Kingdom (UK), berkait rapat dengan kadar Amerika Syarikat (AS).

Pada tahun yang berakhir pada Jun 2020, kerugian bersih yang dialami United adalah £23.2 juta (RM133 juta).

Hutang bersih menurun dari £ 471.1 juta (RM2.7 bilion) kepada £ 419.5 juta (RM2.4 bilion) pada tahun kewangan terakhir, manakala kerugian operasi sebanyak £36.9 juta (RM212 juta) juga dicatatkan.

"Ketika kami meneliti hasil kewangan kami, tiada keraguan bahawa 12 bulan itu adalah yang paling mencabar dalam sejarah Manchester United.

"Walaupun kesan kewangan dari pandemik itu dapat dilihat, kekuatan asas kami yang berterusan juga jelas untuk dilihat, manakala semua orang yang berkaitan dengan kelab boleh berbangga dengan ketahanan yang telah kami tunjukkan melalui ujian-ujian ini.

"Kami bertegas bahawa selama menempuh pandemik ini, kelab akan muncul dalam posisi relatif lebih kuat, dan saya percaya kami sedang dalam menuju dalam proses pemulihan," kata Woodward.

Had gaji pemain United meningkat 13.6% kepada £322.6 juta (RM1.8 bilion), disebabkan oleh gaji pemain kontrak yang lebih tinggi bagi penyertaan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini. — The Guardian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Manchester United, rugi, Covid-19

Artikel Lain