suria

Xhaka terpaksa 'berehat' semula

XHAKA disahkan mengalami kecederaan ligamen lutut kanannya dan terpaksa diketepikan selama tiga bulan. — Agensi

PEMAIN tengah Arsenal, Granit Xhaka, kembali tersisih kerana kecederaan lutut yang dialami semasa perlawanan menentang Tottenham Hotspur dalam aksi liga domestik pada Ahad.

Dia yang baru kembali di padang sebaik selesai menjalani penggantungan perlawanan sebelum ini, kini terpaksa direhatkan selama tiga bulan untuk memulihkan kembali lututnya.

ARTIKEL BERKAITAN: PSG tempang, Messi belum pasti beraksi menentang City

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tahan dimarahi penyokong Spurs, Santo tinggalkan temu bual media

Xhaka sebelum ini tidak dibenarkan beraksi dalam tiga perlawanan selepas dia dilayangkan kad merah dalam perlawanan Arsenal menentang Manchester City di stadium Etihad pada Ogos.

Berdasarkan kenyataan dari Arsenal, Xhaka disahkan mengalami kecederaan pada ligamen lutut kanannya.

"Bagaimanapun Xhaka tidak memerlukan pembedahan untuk kecederaan itu.

"Program pemulihan Xhaka akan segera dimulakan dan kami mensasarkan agar dia kembali beraksi dalam masa tiga bulan," katanya.

Tambahnya, semua ahli pasukan akan sentiasa membantu Xhaka untuk segera pulih dan membawanya kembali ke lapangan secepat mungkin.

Kecederaan itu juga menyebabkan dia terlepas perlawanan antarabangsa terakhir dengan tugas pasukan kebangsaan bersama Switzerland untuk aksi kelayakan Piala Dunia akan datang menentang Ireland Utara dan Lithuania. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Xhaka, Arsenal, cedera, lutut, Tottenham

Artikel Lain