suria

Gaudio terkilan tidak dapat ketuai Argentina ke Piala Davis 2022

GAUDIO disingkirkan selepas tiga tahun menjawat jawatan tersebut dan digantikan dengan Guillermo Coria. — Agensi

BEKAS kapten pasukan Argentina untuk kejohanan tenis Piala Davis, Gaston Gaudio mengakui bahawa dia sebenarnya boleh menggalas tanggungjawab mengetuai pasukan itu dengan lebih baik.

Gaudio disingkirkan selepas tiga tahun menjawat jawatan tersebut sebelum digantikan dengan Guillermo Coria.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Mike Tyson dalam filem Liger, cipta sejarah layar perak di Bollywood

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Martial salahkan Ole, setuju Zidane bimbing United

Menurutnya, dia senang menjadi kapten Argentina malah, dia tiak melihat kepimpinannya dalam pasukan itu sebagai satu bencana.

"Saya suka menjadi kapten Piala Davis, saya merasai saat-saat istimewa.

"Tidak dinafikan bahawa saya juga gementar dengan tanggungjawab yang besar ini tetapi ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan," katanya.

Tambahnya, banyak perkara yang berlaku dalam tiga tahun khidmatnya malah, dia juga terkilan kerana tidak dapat meneruskan tugas untuk Piala Davis 2022.

Sepanjang menggalas tugas sebagai kapten, Gaudio gagal membawa Argentina untuk menggenggam trofi kejuaraan tenis itu.

Jelasnya, salah satu sebabnya adalah kehilangan Juan Martin Del Potro yang juga merupakan bekas pemain nombor tiga dunia dalam pasukan.

Del Potro mengalami masalah kecederaan sejak beberapa tahun kebelakangan menyebabkan dia tidak bermain dalam pertandingan Piala Davis sejak 2016.

"Tidak mempunyai del Potro dalam pasukannya di Piala Davis menjadikan semuanya lebih sukar," ujarnya.

Sementara itu, Del Potro dikhabarkan berhasrat untuk kembali pada tahun 2022.

Menurutnya, dia akan kembali meskipun dengan kecederaan yang masih belum pulih sepenuhnya.

"Kecederaan ini merupakan cabaran untuk saya dalam arena tenis juga kehidupan.

"Saya akan terus mencuba untuk kembali di gelanggang tenis meskipun sakit dan akan memberi kesukaran kepada saya," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia turut berpesan kepada bakat baru supaya mereka jangan pernah menyerah jika berdepan dengan cabaran dan terus mengejar impian untuk bersinar dalam arena tenis dunia. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Xhaka terpaksa 'berehat' semula

Artikel Lain