PENGURUS Menchester City, Pep Guardiola memberikan pujian melambung terhadap pemain tengah PSG, Marco Verratti selepas skuad kendaliannya tumpas 0-2 dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Etihad pada Rabu. Pemain tengah Itali itu kembali beraksi bersama PSG selepas direhatkan dalam empat perlawanan terakhir liga domestik susulan kecederaan lutut yang dialaminya. ARTIKEL BERKAITAN: Verstappen sudah kebal dengan permainan psikologi Hamilton ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Mike Tyson dalam filem Liger, cipta sejarah layar perak di Bollywood Mengungkapkan 'Saya jatuh cinta dengan Verratti,' Guardiola juga mengakui bahawa prestasi pemain itu sangat luar biasa. "Dia bijak mengawal tekanan dan nampak tenang di atas padang. "Saya tahu watak dan keperibadian yang dimiliki dan saya gembira apabila dia kembali cergas," katanya. Tambah Guardiola, dia mengakui bahawa Verratti bukanlah pemain untuk hantaran jarak jauh, tetapi dia bijak untuk memanfaatkan situasi dan mencari peluang untuk mengawal bola. Selain kemunculan semula Verratti, pemain PSG, Gigio Donnarumma turut membuat penampilan sulungnya pada perlawanan berkenaan. Verratti menyertai PSG pada tahun 2012 dan telah membuat 349 penampilan sehingga kini. Pemain berusia 28 tahun itu memainkan peranan penting dalam kemenangan UEFA Euro 2020 Itali pada musim panas lalu. Dia tidak pernah beraksi dalam kancah Serie A dalam kariernya, malah PSG juga menandatanganinya sejurus Verratti membantu Pescara dinaikkan pangkat dari Serie B.— Agensi Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI