NEYMAR memaklumkan bahawa Piala Dunia 2022 di Qatar menjadi penampilannya terakhir dalam karier bola sepak. Kata-kata tersebut diluahkan oleh bintang Brazil itu dalam rancangan dokumentari Neymar & The Line Of Kings, yang diterbitkan oleh DAZN. "Saya fikir ini Piala Dunia terakhir saya. "Saya melihatnya sebagai yang (Piala Dunia) terakhir kerana saya tidak tahu apakah saya memiliki kekuatan untuk bermain lagi. "Saya akan melakukan segala yang mungkin untuk sampai ke sana dengan bagus,"tambahnya. "Saya akan melakukan semua yang termampu untuk memberi kemenangan kepada negara saya dan merealisasikan impian saya, yang terbesar sejak zaman kanak-kanak. Saya harap saya dapat mencapainya," kata Neymar. Untuk rekod, Neymar akan menjangkau usia 30 tahun pada 2022. - The Guardian.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI