suria

Gigit kemaluan rakan sebilik ketika bergaduh, polis tahan peninju MMA

Salvato bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

PENINJU MMA, Donovan Salvato ditahan polis kerana didakwa mengigit kerandut zakar rakan sebiliknya ketika mereka bergaduh, baru-baru ini.

Selepas satu laporan dibuat oleh mangsa, Salvato ditahan selama 12 jam oleh pihak polis Nashville.

Menurut keterangan mangsa yang dikenali sebagai Abel Sofa, dia mengalami kecederaan pada alat sulitnya selepas digigit oleh peninju amatur itu.

Jelas mangsa lagi, dia dipukul pada bahagian badan dan kepala sebelum Salvato menggigit seluarnya.

Salvato bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Dakwa Salvato, rakan sebiliknya itu mengalami kecederaan alat sulit kerana terlanggar perabot.

Untuk rekod, Salvato kali terakhir terlibat dalam perlawanan tinju pada Julai tahun lalu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain