CRISTIANO Ronaldo berjaya melepasi 800 jaringan buat kelab dan negaranya selepas meledak dua gol ketika Manchester United menentang Arsenal, sebentar tadi. Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), United mengalahkan Arsenal 3-2. Arsenal terlebih dulu berada di depan melalui jaringan Emile Smith Rowe yang menewaskan penjaga gol United, David De Gea. Bruno Fernandes kemudian menyamakan kedudukan, apabila dia menamatkan gerakan rumit melibatkan Jadon Sancho dan Fred seminit sebelum masa rehat. Ronaldo berjaya meletakkan United di depan hasil gol ke 800 namun pantas disamakan Martin Odegaard. Bagaimanapun pemenang lima kali Ballon d'Or itu meledak gol keduanya hasil sepakan penalti 20 minit sebelum aksi tamat. - BBC.Com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI